SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Agama Sungai  Rengit terletak di tengah-tengah


  perkampungan melayu di pekan Sungai Rengit.  Jauhnya dari pusat


  Bandar Kota Tinggi hanyalah kira-kira 70 kilometer.




     Sekolah Agama Sungai Rengit telah dibuka pada tahun 1960 oleh  



Ustaz Abdullah Bin Nahar yang mana menjadi Guru besar menunggal



pada masa itu.  Semenjak dari itu sehingga tahun 1995 sekolah ini telah



menumpang di sekolah Kebangsaan Sungai Rengit.                







      Kemudian atas  usaha Ustaz Khalid Bin Mokhtar yang menjadi guru besar



 pada tahun 1995, beliau telah memindahkan sekolah ini ke bangunan



 tambahan bersebelahan dengan masjid yang kini menjadi klinik



homeopaty Dr Ali.



                           



      Sehinggalah pada tahun 2003 barulah kami warga guru dan murid dapat



menikmati suasana pembelajaran yang selesa di bangunan yang baru



tiga tingkat di Jalan Teluk Ramunia dan pada 29 ogos 2002.  Majlis



perasmian telah dijalankan dan sehingga kini sekolah ini mempunyai 8



orang guru dan 244 orang murid.